Papan Pendahulu & Pemarkahan PvP
Terdapat tiga papan pendahulu: Global, Perikatan dan Liga. Untuk menduduki salah satu papan pendahulu ini, anda perlu menyelesaikan pertempuran PvP dan memperoleh Mata Kemenangan (VP).
Papan Pendahulu Global
Papan Pendahulu Global memaparkan 100 skor VP (Mata Kemenangan) teratas dan boleh ditemui dalam menu Tangga > Papan Pendahulu Global.
Kedudukan anda dipaparkan di bahagian bawah skrin jika anda berada di luar 100 teratas.

Ganjaran papan pendahulu global diberikan semasa tetapan semula mingguan.
Papan Pendahulu Liga
Dalam PvP, terdapat 12 Liga:
Gangsa
Perak
Emas
Platinum
Zamrud
Nilam
Kecubung
Topaz
Delima
Berlian

Berpindah Liga
Liga yang mula-mula ditempatkan kepada pemain adalah berdasarkan “Laluan” yang mereka ikuti dalam permainan. Pecahannya adalah seperti berikut:
Pemain di Laluan Pengembara (Tahap 1-100) ditempatkan dalam Liga Gangsa.
Pemain di Laluan Penjaga (Tahap 101-250) ditempatkan dalam Liga Perak.
Pemain di Laluan Juara (Tahap 251-500) ditempatkan dalam Liga Emas.
Pemain di Laluan Paragon (Tahap 501-1000) ditempatkan dalam Liga Platinum.
Pemain di Laluan Mulia (Tahap 1001+) ditempatkan dalam Liga Zamrud.
Selepas Liga Zamrud, pemain boleh berusaha dan maju ke Liga Nilam, Kecubung, Topaz, Delima dan Berlian.
Liga-liga ini akan terdiri daripada 29 pemain lain.
Anda maju melalui kedudukan dalam kumpulan anda dengan memperoleh VP (Mata Kemenangan) mingguan daripada setiap pertempuran.
Nota: Sekiranya berlaku seri dalam kedudukan liga, akaun pemain yang lebih lama akan menang.
Untuk naik ke Liga seterusnya, anda perlu menamatkan minggu dalam “Zon Kenaikan Pangkat” Liga anda.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Gangsa ialah 20 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Perak ialah 15 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Emas ialah 10 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Platinum ialah 7 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Zamrud ialah 7 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Nilam ialah 7 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Kecubung ialah 7 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Topaz ialah 5 Pemain teratas dalam satu kumpulan.
“Zon Kenaikan Pangkat” Liga Delima ialah 3 Pemain teratas dalam satu kumpulan.

Liga Berlian ialah satu-satunya liga tanpa zon kenaikan pangkat, kerana ia ialah liga tertinggi.
Anda juga boleh turun Liga!
Jika anda menamatkan minggu dalam “Zon Penyingkiran” liga anda.
“Zon Penyingkiran” Liga Perak ialah 5 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Emas ialah 6 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Platinum ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Zamrud ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Nilam ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Kecubung ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Topaz ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Delima ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan.
“Zon Penyingkiran” Liga Berlian ialah 7 Pemain terbawah dalam satu kumpulan

Anda tidak boleh turun lebih rendah daripada Liga Gangsa.
Jika anda tidak bermain sebarang pertempuran PvP sepanjang acara mingguan, anda tidak akan turun liga.
Pada Tetapan Semula Mingguan, kumpulan liga ditetapkan semula dan anda akan bersaing menentang kumpulan baharu yang terdiri daripada 29 pemain lain!
Pemarkahan PvP
Apabila anda memenangi pertempuran PvP, anda akan diberi Mata Kemenangan.
Ganjaran VP asas anda dikira berdasarkan julat tahap anda.
Ganjaran VP asas anda (sebelum bonus) akan meningkat atau berkurang bergantung pada sama ada lawan anda mempunyai tahap lebih tinggi atau lebih rendah daripada anda.
Semakin tinggi tahap lawan anda, semakin banyak VP yang anda akan peroleh!
Bonus kemudian digunakan pada nilai asas. Anda boleh memperoleh VP bonus dengan melengkapkan tindakan berikut dalam pertempuran.
*Ini termasuk pasukan yang dipanggil.
Bagi setiap jenis syarat yang dipenuhi (padanan, giliran tambahan, dsb.), anda akan memperoleh mata bonus untuk syarat tertinggi yang dicapai.
Contohnya: Jika anda membuat padanan 4 dan kemudian padanan 6 Permata, anda akan mendapat 3 mata bonus dan bukan 3+2 mata bonus.
Jika kemudian dalam pertempuran yang sama anda membuat satu lagi padanan 6, anda tidak akan mendapat mata bonus itu kali kedua.
Jika kemudian anda membuat padanan 8 dalam pertempuran, anda akan mendapat bonus 4 dan bukannya bonus 3 mata yang lebih awal, dan bukan 3+4.
Jika anda dianugerahkan mana-mana bonus ini, sepanduk biru akan muncul pada skrin selepas pertempuran, dan bonus tersebut akan ditambah pada jumlah asas VP yang diperoleh.
Meningkatkan skor anda
Selain daripada menyelesaikan pertempuran PvP biasa, terdapat beberapa cara tambahan untuk meningkatkan jumlah VP yang anda kumpulkan sepanjang minggu.
Kegilaan Darah
Memenangi pertempuran PvP di rantau dengan Kegilaan Darah yang aktif akan memberikan bonus x2 kepada Mata Kemenangan.
Untuk maklumat lanjut tentang Kegilaan Darah, klik di sini.
Azimat
Sesetengah Azimat akan meningkatkan jumlah VP yang diperoleh daripada pertempuran.
Untuk maklumat lanjut tentang Azimat ini, klik di sini.