Soalan Lazim Umum
Apakah itu Blades of Fire?
Tempa Legenda Anda
Daripada studio pemenang anugerah MercurySteam, hadir sebuah permainan aksi pengembaraan baharu yang membolehkan anda menempa senjata sendiri dan menghadapi musuh yang garang dalam sistem pertempuran yang unik.
Sertai Aran de Lira dalam pengembaraannya untuk mencari tujuan sebenar takdirnya!
Ciri-ciri Utama
LOGAM DEWA: Anda ialah Aran de Lira, anak sulung Pengawal Raja. Ratu Nerea yang baru ditabalkan telah merapalkan mantera yang menukarkan keluli menjadi batu. Hanya tentera makhluk kejinya yang menggunakan logam dewa, yang mampu menghancurkan bilah lain apabila berlaga dengannya.
PENEMPAAN: Cari Skrol Penempaan, asah kemahiran menempa anda dan hasilkan senjata yang sesuai dengan gaya pertarungan anda. Keluarga senjata yang dipilih dan bahan yang digunakan untuk menghasilkannya akan mempengaruhi ciri-ciri seperti berat, panjang, ketahanan, daya penembusan dan kualiti mata senjata.
PILIH SENJATA ANDA: Pilih daripada tujuh keluarga senjata yang berbeza dan lebih 30 Skrol Penempaan yang unik, yang membolehkan anda menghasilkan kombinasi senjata yang hampir tidak terbatas. Pilihan senjata anda amat penting apabila berhadapan dengan musuh!
PERTEMPURAN TAKTIKAL: Sistem pertempuran yang unik dan mencabar membolehkan anda menyerang bahagian tubuh musuh yang tertentu. Tebas, tikam atau hentam musuh bergantung pada keadaan dan kelengkapan mereka. Hanya senjata yang sesuai akan membolehkan anda menembusi perisai musuh.
ANDA TIDAK BERSENDIRIAN: Adso ialah teman Aran yang akan menyertainya dalam pengembaraan. Semasa pertempuran, Adso memberikan petua berguna untuk menewaskan musuh dengan menganalisis mereka dan mencatatkan maklumat dalam catatan kisahnya. Dia akan memainkan peranan penting dalam pengembaraan anda kerana dia boleh bertutur dalam bahasa kuno penempa.
SENTIASA BERWASPADA: Lebih 50 jenis musuh, termasuk pengawal Ratu, makhluk, mayat hidup dan banyak lagi. Setiap musuh mempunyai gaya serangan, senjata dan kelengkapan perisai yang tersendiri.
DUNIA YANG PENUH MISTERI: Aran dan Adso memulakan misi yang penuh ketidakpastian. Matlamatnya jelas, tetapi laluannya penuh dengan bahaya, misteri dan tempat yang mengagumkan seperti istana besar, mahligai yang menyerupai labirin dan banyak lagi. Anda hanya akan mengetahui apa yang diketahui oleh wira kita; selebihnya bergantung pada gerak hati dan keberanian anda.
Siapakah yang membangunkan Blades of Fire?
Blades of Fire dibangunkan oleh studio pemenang anugerah MercurySteam dari Madrid, Sepanyol.
Adakah Blades of Fire permainan pemain tunggal?
Ya.
Apakah bahasa yang disokong oleh Blades of Fire?
Audio Penuh
Bahasa Inggeris
Sari Kata
Bahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Itali
Bahasa Jerman
Bahasa Sepanyol
Bahasa Jepun
Bahasa Portugis
Bahasa Portugis Brazil
Bahasa Rusia
Bahasa Cina Tradisional
Bahasa Cina Ringkas
Bahasa Korea
Adakah terdapat demo untuk Blades of Fire?
Ya, anda boleh menikmati demo Blades of Fire di Epic Games Store, Steam, GOG, Xbox Series X|S atau PlayStation 5.